? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??274 Grabs Today. 493 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Spring Showers? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (4 Ratings)??195 Grabs Today. 2240 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Miss Daisy? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (5 Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday 31 March 2009

Bukan Penyanyi-Dr.lim


Lim Swee Tin bukan penyanyi


Tidak dapat dinafikan bahawa Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin merupakan deklamator yang hebat. Gaya deklamasi Dr. Lim menggambarkan pengalaman beliau hampir empat dekad sebagai penyair dan deklamator puisi adalah hasil seorang insan yang benar-benar mencintai dan menjiwai puisi.Mendengar dan menghayati album deklamasi dan lagu puisi Mencari Indah karya Dr.Lim ini sudah cukup memberi kesan yang mendalam bahawa Dr.Lim seorang penyair yang serius menekuni bidang yang amat dicintainya.
Setakat ini belum ditemui penyair yang menekankan album deklamasi puisi secara perseorangan. Sebanyak 16 puisi yang dipilih oleh Dr.Lim daripada buku kumpulan puisi Mencari Indah (2009) merupakan puisi-puisi terbaik beliau. Malah 25 buah puisi yang terkandung di dalam buku Mencari Indah adalah puisi-puisi terbaik beliau yang sarat dengan mesej dan begitu menyentuh perasaan ketika menghayati bait-bait perkataan dengan intonasi Dr.Lim yang cukup hebat.
Kehebatan Dr.Lim mendeklamasi puisi diakui oleh Dr.Arbak Othman yang menyatakan bahawa cara Dr.Lim meletakkan suaranya mengikut rentak yang betul pada kata-kata yang memerlukan kesan penerimaan yang bersentuh rasa dan minda.
Kadang-kadang ada gegaran yang memacu kata-kata untuk dapat segera menghantar maksud tertentu ke sudut hati dan perasaan pendengar.
Justeru, album deklamasi puisi ini menepati kenyataan Dr.Arbak Othman bahawa puisi-puisi Dr.Lim mampu menggugah perasaan dan minda orang yang mendengar dan menghayatinya.
Nyatalah album deklamasi dan lagu puisi Mencari Indah ini cukup lengkap dan sempurna sebagai bahan rujuk untuk peminat-peminat puisi mempelajari bagaimana menjadi seorang deklamator yang baik. Album ini juga cukup berguna bagi membantu guru-guru Komsas mempraktikkan seni mendeklamasi puisi di dalam kelas.
Kelainan di dalam album deklamasi puisi ini ialah Dr.Lim turut menyanyikan sendiri dua buah puisinya iaitu Mencari Indah dan Kita Masih Punyai Malam Untuk Bermimpi. Melodi kedua-dua puisi ini telah digubah oleh Iedet. Setelah didengar beberapa kali, nyata melodi lagu ini sedap di dengar dengan kekuatan baik-baik puisi yang puitis. Usaha Dr.Lim menyanyikan lagu daripada puisinya sendiri haruslah dipuji. Mungkin dengan cara ini, beliau dapat menghayati puisi yang dihasilkannya.
Namun begitu, alangkah eloknya jika kedua-dua puisi yang dilagukan oleh Dr.Lim itu dinyanyikan oleh penyanyi profesional. Nama-nama penyanyi seperti, Zubir Ali, Ramli Sarip, Suhaimi Mior Hassan dan Waheeda adalah penyanyi lagu puisi yang sudah tentu akan menjadikan melodi dan puisi tersebut lebih kuat dan puitis didengar. Secara tidak langsung juga lagu-lagu ini sudah pasti cepat sampai kepada pendengar kerana populariti penyanyi tersebut. Dan berkemungkinan juga lagu-lagu ini boleh meletup di hati pendengar.
Cadangan ini bukanlah menafikan Dr.Lim tidak boleh menyanyi. Setelah mendengar beberapa kali, dapat dikesani bahawa Dr.Lim boleh menyanyi. Lenggok suaranya sebagai penyanyi memang ada. Tetapi suara Dr.Lim lebih sesuai sebagai deklamator dan bukannya sebagai penyanyi.
Ini diakui oleh Rahman Shaari yang menyatakan bahawa deklamasi Dr.Lim jelas kerana dia membawa makna yang ketara. Gayanya sejauh ini ialah gaya pendidikan, yang bererti Dr.Lim tidak akan berpuas hati jika pengajaran yang terkandung dalam puisinya tidak dihadam oleh penonton.
Selain itu, terkesan juga usaha Dr.Lim untuk menimbulkan "senyuman" apabila tiba pada kata-kata yang menandakan kemesraan. Perubahan mimik daripada wajah masam ke wajah manis dan sebaliknya, secara terancang ini, agak jarang-jarang kita temukan dalam deklamasi orang lain. Dr.Lim juga tidak lokek untuk bersuara nyaring pada tempat-tempat yang memerlukan kenyaringan. Gaya mesra Dr.Lim memberikan peluang untuk dia menyebarkan suaranya kepada hadirin. Jika dia mempunyai peminat, itulah hasil kejayaannya menyebarkan suara yang terbina gaya mesra penonton.
Kesimpulannya, Dr.Lim adalah seorang penyair dan deklamator yang mempunyai aura dalam kesusasteraan Melayu. Usaha beliau merakamkan deklamasi puisi merupakan satu yang baik dan terpuji kerana mengangkat martabat dan memperkayakan khazanah sastera.

0 Mulut Murai: