Diskusi Bersama Dr. Lim Swee Tin
Pada 24/3/09,aku bersama teman seperjuangan telah menemui Dr. Lim untuk menemu ramah mengenai industri sastera tanah air.Syukur kerana sepanjang sesi diskusi bersama Dr. Lim,semuanya berjalan lancar walaupun pada pagi itu hujan turun dengan lebatnya.Kami juga terpaksa menunggu Dr. Lim kerana terdapat sedikit hal yang ingin diselesaikan oleh beliau.
Banyak manfaat dan input berguna yang kami perolehi pada hari tersebut.Sememangnya semangat Dr. Lim sebagai seorang penulis sangat dikagumi kerana,bilangan penulis berbangsa Cina khususnya di tanah air boleh di kira. Banyak tips yang diberi untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Antaranya minat perlulah ada.Membaca juga penting bagi mendapat ilham dan idea.
cenderamata sebagai kenang-kenangan dari kami
Khusuknya ketika sedang mendengar apa yang diperkatakan oleh
Dr. Lim...Entah apa yang diambilnye Si Herni tu...
0 Mulut Murai:
Post a Comment