? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??274 Grabs Today. 493 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Spring Showers? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (4 Ratings)??195 Grabs Today. 2240 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Miss Daisy? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (5 Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday 31 March 2009

Hasil Karya Dr. Lim



Berkelana di Belantara Kata
KataPengarang : Lim Swee Tin

Penerbit : Penerbitan Pusaka Nusa Sdn. Bhd

Genre : Kumpulan Esei

Mukasurat : 144 halaman

Sinopsis : Buku ini memperlihatkan perjalanan kreatif seorang penyair prolifik yang gigih meletakkan namanya di persada kesusasteraan tanah air. Lim Swee Tin, Penerima S.E.A Write Award 2000 menceritakan suka dukanya dalam meniti puncak sebelum mencipta nama di bidang kepenyairan. Menjadi seorang pengarang tidak semudah yang disangkakan. Namun, tidak pula sesukar yang difikirkan.
Di dalam Berkelana di Belantara Kata ini, penulis berkongsi dengan pembaca tentang penglibatan awal beliau di bidang puisi, menceritakan bagaimana keghairahan untuk menyusun kata-kata menjadi suatu tanggungjawab dan juga menyelitkan sisipan ucapan penghargaan beliau sebagai Penerima S.E.A Write Award 2000.
Bagi pembaca yang ingin mengenali lebih lanjut tentang penghasilan puisi, buku kecil ini sesuai untuk membawa peminat puisi ke suatu dimensi kata-kata yang mengasyikan. Lim Swee Tin memperkenalkan tentang keindahan sebuah puisi serta menyentuh tentang kedudukan penyair bukan Melayu, penyair wanita Malaysia generasi baru dan situasi pengarang daerah dalam arus perdana, lewat Berkelana Di Belantara Kata ini.


Citra Kurnia
Pengarang : Lim Swee Tin

Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 80 halaman
Cetakan Pertama : 2003


Sinopsis : Lewat kumpulan puisi Citra Kurnia ini, Lim Swee Tin, Penerima S.E.A Write Award 2000 menghimpunkan 42 buah puisi yang dipanggil 'sajak-sajak sempena'. Puisi-puisi yang ditulis khas untuk majlis-majlis tertentu ini memperlihatkan Lim Swee Tin di dalam mempelbagaikan kebolehannya berpuisi. Terdapat puisi bagi mengenang Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang dipanggil "Monolog Kecil Seniman Bangsa", sajak sempena sebuah majlis perkahwinan - "Perkahwinan", sajak sempena majlis 30 Tahun WANITA - "Potret Wanita Bangsa" dan juga puisi "Di Bawah Langit Yang Sama" yang ditulis dan dideklamasikan sempena Concert For World Peace in Thailand."Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala / Dalam dakap hangat kasih / Tak pernah kunjung padam / Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai / Dalam rangkul dingin sukma / Selamanya berpadu manis ingatan."Petikan Sajak "Perkahwinan"



Memetik Mawar
Pengarang : Lim Swee Tin
Penerbit : Citra Kurnia Enterprise

Genre : Kumpulan Sajak Remaja

Mukasurat : 89 halaman

Cetakan Pertama : 2003

Sipnosis: Kumpulan sajak Memetik Mawar ini mengambil pelbagai sisi dari kehidupan masyarakat setempat dan luar negara , diri dan orang lain, alam dan segala isinya untuk menjadi tatapan remaja. Mengandungi idea yang membantu remaja merasakan bahawa kehidupan ini sebenarnya indah dan amat bererti. Gambaran murung dalam sajak-sajak ini diubah semula kepada acuan lain yang jauh lebih positif. Pembaca akan menemui elemen positifnya untuk dijadikan renungan, pengalaman dan penilaian kendiri.Kumpulan sajak ini akan memberi pengalaman baru yang lebih pelbagai dalam menghadapai hari-hari dewasa.


Burung dan sangkar

Sesekali mengingatkan kita

Perumpamaan silam

Peri mahalnya sebuah kebebasan

Demi alam yang luas ini

Serahkan kembali burung itu

Kepada ruang bebas!


Rindu Seorang Salina
Penyelenggara : Lim Swee Tin & Radziah Hassan

Penerbit : Citra Kurnia Enterprise

Mukasurat : 102 halaman

Cetakan Pertama : 2003


Kumpulan puisi ini merupakan hasil karya pelajar yang mengikuti Kursus BBK 3406 : Penulisan Puisi dan Drama di Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, bagi Semester Mei 2003/04. Meneliti karya-karya dalam antologi ini, rata-rata menunjukkan kesungguhan pelajar dalam berkarya.
Puisi berjudul 'Rindu Seorang Salina' yang dijadikan judul antologi ini, misalnya merupakan sebuah puisi yang mantap; baik dari segi idea mahupun cara pemakaian bahasanya. Rangkap kedua misalnya, yang berbunyi;
Kamar hening ini membalut sebuah kisah seorang gadis desa betapa pelangi hidup bertukar warna.
menunjukkan mutu penggarapan yang meyakinkan. Diyakini bahawa pelajar yang menyumbangkan karya mereka dalam antologi ini akan dapat pergi lebih jauh dalam bidang penulisan kreatif .


Lihatlah....memang seorang tokoh yang patut dicontohi...

0 Mulut Murai: