? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??274 Grabs Today. 493 Total Grabs. ????
??Get the Code?? ?? ?????Spring Showers? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (4 Ratings)??195 Grabs Today. 2240 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Miss Daisy? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (5 Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday 8 April 2009

Ketika dan Kalimat

Ketika dan kalimat, apa bendanya nie? His...pelik betul kan! Ha…benda nie lah yang aku dan kawan-kawan BBM 3401kena buat, kira asigment maut yang terakhirlah. Kalau diikutkan pelik kan, tapi inilah realiti untuk abad nie, pendek kata pelik tapi benarlah. Kalau you all nak tahu apa yang ada kat ketika dan kalimat nie, Teng…teng…teng…Kenalah baca ke semua page, jangan tengok-tengok je…hayati macam kita dengar lagu. Banyak nilai dan pengajarannya. Walaupun tak best dan menarik, kena juga bacalah. Puas juga aku memikirkan apa lah yang nak dicorekkan atas word nie. Pening kepala otak dibuatkannya…nak memikirkan kejadian-kejadian aneh dan menceritakan pengalaman sepanjnag kelas multimedia dan totorial nie. Kira kena perah kepala otaklah habis-habis,bagi kuar semuanya.

Macam tak percaya je, ada juga lecturer yang berfikr macam nie kan. Selama aku belajar hampir 20 tahun nie tak de seorang cikgu ataupun lecturer yang minta buat semua nie (Ketika dan kalimat).Apa yang istimewanya, macam sudah takdir Tuhan last-last semester and final year pula tu kena citer pasal pengalaman di kelas BBM 3401 nie. Kalau ikutkan macam buat karanganlah pula...tapi kalau difikir-fikirkan balik...ketawa pula sorang-sorang.

Ok...bermulalah kisah terhebat untuk abad ini...BBM 3401 Bahasa dan Multimedia. Dipersembahakan...

Tang…tang…tang…1/1/09 Mula-mula melangkahkah kaki ke bilik Jauhari … rasa macam biase je. Tak fikir pun yang kelas nie akan menyebabkan perubahan paradigma kat aku dan juga kawan-kawan. Tepat saje jam pukul 12.00 tengah hari, muncul seorang wanita yang boleh aku berikan pendapat pandang kali pertamalah…Aku tengok stail Dr. Normaliza nie macam orang nak gi main fulsal, sebab apa aku kata macam tu, Dr. datang class pakai kasut sportaje. Giler simple. Dalam kepada nie ingatkan Dr. nak gi main pape lepas class nanti. Tapi memang camtu agaknya stail Dr.yang nampak ranggi dan bertenaga. Suara tak payah cakaplah, memang suara ornag garang, takut gak lah aku dengan suara Dr.walapupun Dr tak makan orang pun.
Yang ak tak boleh tahan Dr.Normaliza nie, dah lah suka buat lawak, tapi cover ketawa. Nampak sangat muka dia tahan ketawa. Memang kelakarlah. Walaupun Dr. garang,tapi kata-kata dia tu memang kelakar campur marah campur geli hati pun ada gak lak.
Aku selalu ingat pesanan pertama Dr. “saya akan ajar anda bagaimana nak berkerja dalam keadaan stress”. Bagus untuk anda semua time study and bekerja nanti. Memang streeslah kalau time class Dr. Sepanjang aktiviti kat class multimedia tak de yang happy good lucky, semuanya yang bersifat cepat, pantas dan tepat.Macam teknologi masa sekarang jugalah semuannya dihujung jari…sesuai dengan subjek nie juga lah.

Aku seronok juga bila Dr. Cakap dia boleh ajar bagaiman kita nak belajar membuat kerja dalam keadaan stess nie. Maklumlah aku memang suka buat kerja time last minit nie. Dalam class nie juga kadang-kadang Dr ada bagi tip-tip nak interview, cekap berktrampilanlah...Best juga dapat dengar, dapat tambah ilmu bila nak gi interview nanti. Yang paling tak tahan tu, Dr. boleh kenal bunyi tapak kasut budak-budak bahasa linguistik Melayu.His..his..his…Kalau Dr.nak tahu kita orang kalau lalu depan bilik Dr. selalu jalan pelahan-lahan bagi jangan bunyi tapak kasut.Ha…ha…ha
Nilai dan Pengajaran: Masa itu emas, jangan nak bertangguh-tangguh,displin juga penting.

Masa berlalu terus berlalu. Time class nie juga kami semua berebut nak gi class cepat-cepat semata-mata untuk duduk depan. Dah tu Dr. cakap dia cam sape yang duduk depan, sapa yang duduk belakang…handal gak mata Dr.Dan banyak-banyak class,class nie je lah yang tak payah datang kelas tanda tangan.he…he..he..Mula-mula class nie aku ingat belajar tentang asas grafik.Perkara pertama yang kitaorang kene bawa gas, gunting, reben, gambar, moulting board. Dalam masa tu,apa lagi likang pukang lah cari gambar yang sesuai dan ada kesemua asas grafik. Apa yang pasti,kelas nie memang lain dari yang lain. Main gunting-gunting,tampal-tampal lagi…teringat masa sekolah dulu-dulu.

Banyak kenangan sedih, gembira, muram, pahit, duka,dan macam-macam rasa lagi yang aku perolehi dalam class nie.Dapat tutor Cik ALiya pula tu.Cik Aliya nie garang pula tu. Time mula-mula masuk class dia tak berani nak lewat.Ponteng apatah lagi, penembak nanti dia bagi. Mula-mula masuk class nie kena buat multimedia guna power point. Kena pilih tajuk ornag yang tak pernah pilih.Hah..kucutnya kepala masa tu,tak tahu nak pilih tajuk apa.Tapi kalau di ikutkan untuk tajuk nie je aku dah kene reject 2 kali. Sedih masa tu.
Tajuk pirst songket? Time tu Dr.masuk kelas tutorial tengok tajuk-tajuk kami.Aku time tu tak dengar yangDr ada cakap tajuk Songket bosan.Aku ingatkan dia cakap apa lah kat depan.Rupa-rupanya dia cakap tajuk aku.Itu pun member-member yang cakap. Dia orang pun gelak gak, aku pun gelak gak. Aku gelak bukan sebab tajuk aku tu,aku gelak aku tak dengar apa yang Dr cakap.Nak wat macma mana,masa tu tenngah khusuk cari bahan kat internet pasal songket. Time perjalanan balik tu, aku buat keputusan nak tukar tajuk.

Puas gak lah kau fikirkan nak buat tajuk pe? Akirnya, tajuk kedua aku ialah busana perkhawinan. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang tuhan juga yang menentukan.Tajuk keduaku ini juga telah direjectkan kerana ada yang buat pasal perkhawanan campur. Hah…hah..hah…sedinya. Kena reject lagi. Kepala otak time tu memang tak boleh fikir dah. Kawan-kawna semuanya dah ada tajuk. Risau betul. AKhirnya aku membawa diri pergi ke Mid Viley dengan harapan mendapat ilham. Kat MPH, aku carilah buku-buku yang boleh dijadikan bahan untuk slide multimedia tu. Puas juga mencari sambil merenung, berfikir, berhayal….akhirnya aku memilih tajuk kemalangan ngeri. Time tu juga aku ada mesej dan call Cik Alia untuk beritahu pasal tajuk baru aku tu. Time tu rasa nak menangis. Sebelum nie tu pun ada gak menangis kat bilik…AKu menangis sebab Cik Alia tak layan panggilan aku,banyak kali kau call dia…hantar mesej pun tak reply. Maybe Cik Alia tengah buzy kot masa tu.Masa tu dah risau,takut-takut tajuk baru tu tak sesuai dan diterima…doa sahaja yang mampu aku lakukan. Akhirnya dengan hanya perkataan “ok” di skrin HP Nokiaku ,aku melonjak syukur. Akhirnya tajuk aku diterima. Apa lagi berusahalah cari gambar orang kemalangan ngeri….

Memang ngeri tengok orang mati kemalangan. Tapi citer nie belum berakhir lagi…tibe masanya untuk bentangkan hasilnya.Tapi syukurlah kerana tugasan tutorial berjalan dengan lancar, lagu pun keluar bunyi.Ini baru tugasan pertama banyak lagi tugasan yang semakin mencabar sedang menanti untuk diceritakan…

Nilai dan Pengajaran: Kena banyak bersabar dan berusaha,bukan mudah nak jadi mudah dan bukan senang nak jadi senang.Memang takut…

Masa terus berlalu….
Ok,,,kelas terus berjalan dengan lancar dan aku masih belum pernah ponteng lagi.Tugasan pertama di dalam kelas kita orang kena menampal gambar berdasarkan asas grafik yang telah diajar oleh Dr. Time tu, susah gak nak cari gambar yang ada asas grafik.Habis semua majalah kitaorang gunting. Tugasan nie agak mudah sedikit, tapi masa yang diberi oleh Dr. agak singkatlah sikit. Tu yang buat lingkang pukang sikit. Tiap kali ada tugasan macam nie, mesti berebut nak cari tempat yang luas dan besar, supaya senag sikit bila nak buat kerja. Lepas belajar asas grafik nie, apa yang dapat aku perhatikan kawan-kawna aku adalah; setiap kali ambil gambar, perkataan asas grafik mesti tidak akan tinggal dan kecererungan mereka mengambil gambar yang pelik lagi aneh semakin menguasai diri masing-masing. Ini semua dapat tergambar melalui tugasan gambar dan peribahasa. Cerita ini agak sedih bagi aku…kita cerita yang agak santai dahulu ye….
Lepas main tampal-tampal, minggu seterusnya pula kita semua dikehendaki membuat asei dalam 10 page. Time tu, memang stress. Agaknya kalau gigit kerusi kat kelas tu memang habis dibuatnya. Hah…kena buat esei? Tapi syukurlah, kami dapat tajuk yang dah pernah kitaornag belajar. So, tinggal diaplikasikan dan diingait untuk dibuat ayat. Di tambah pula, ada bahan tambahan yang dapat membantu. Akhirnya, taip punya taip, siaplah 10 page.Lepas siap tu kena hantarlah pula kat email Dr. Dah lah kelas tu tak dapat intenet, guna PC kat bilik tu lambatlah pula. Jam dah nak pukul dua nie. Risau kalau-kalau Dr. tak terima. Apa lagi separuh berusaha menghantar email,dan separuh lagi berusaha jumpa Dr.merayu untuk menghanta menggunkan solf copy. Tapi Dr.kata “eh, tak boleh,tak bo-leh, pen drive korang banyak virus…kwang..kwnag..kwang”. Pergilah wisata mencari kawan-kawan yang sedang menggunakan laptop. Akhirnya, ada seorang jejaka yang baik hati, menumpangkan kami untuk menghantar email kepada Dr.ha..ha…ha…leganya rasa…apa lagi perut pun masa tu tengah lapar giler...time untuk makan...

Kelas Tutorial yang seram juga rasannya....
Dapat tutor yang garang juga (pandangna pertama),kalau datang lewat kena berdiri kat depan.Tapi setipa kali kelas totor,berlari dari surau ke makmal,tak nak berdiri kat depan...ha..ha..ha..Lagi satu ,aku takut bile nak bertanhya soalan kat Cik Aliya.kenape? JOM...
Kalau difikir-fikirkan class multimedia ni makin lama, makin berat dugaanya. Lepas buat slide, kita orang kena buat kalendar pula. Memang tak tido malam dibuatnya.Dah lah sebelum nie tahu guna labtop just untuk taip-taip je.Tak de pula explore benda-benda lain.Time buat calendar nie memang kena banyak bersabar. Kalau tak bersabar memang tak jadi. Time buat kalandar nie, nak nangislah juga aku dibuatnya. Penatlah juga nak edit-edit gambar. Tapi bila teringat kata-kata Dr. “bila gi interview jangan lupa bawa calendar nie” ,jadi smenagat pula aku dibuatnya. Ye lah, aku sedar diri sangat yang kos bahasa Melayu nie boleh dikatakan agak sukar untuk dapat pekerjaan, ,jadi dengan adanya skill nie, mudah-mudah akan diambil kira. Kalau diikutkan banyak jugalah akukena baiki dan kena buat balik semula. Memang menangsilah dibuatnya. Tapi, bila akhirnya Cik Alia cakap je boleh print…Ya ..huuuuuu…seronoknya. Tak sabar nak tengok kalander hasil titik tangan kita sendiri, walaupun tak cantik, tapi rasa puas. Kat bilik pun bila floormates masuk puji cantik lagi .Ada yang pelik kata” eh…eh..buat kat mane nie, ada muka sendiri lagi…” ah…nilah masanya nak tunjuk hebat,walupun tak hebat mana pun...“Buat sendirilah cik adik oih”... Bertuah juga dapat belajar buat kalendar nie sebenarnya…. Nanti time kerja boleh buat, promote kat kawan-kawan…ah!…inilah hasilnya. Apa yang kau pelajari dalam kelas Bahasa dan Multimedia. Bukan budak computer je reti buat, kita budak-budak bahasa pun mampu melakukannya.Tapi dengan syarat kena ambil subek Bahasa dan Multimedialah ye…

Masa makin lama ,makin menjauhi…
Tibalah masa giliran Dr.Arba’ien mengajar pula. Time tu sebenarnya rasa seronok. Sebab bukan Dr.Normaliza yang mengajar. Ye lah kalau dengan Dr. Normaliza kena serius. Tapi dengan Dr.Arbaien rasa ok lah sikit. Mula-mula Dr.Arbaien ajar ok,biasa aje,,,tapi bila dah masuk jam 1...mata dah tak tahan...mengantuk giler. Walaupun Dr.Arbaien ajar cara yang lembut berbeza dengan Dr.Normaliza, tapi tetap rasa lain macam. Apa yang aku perhatikan, bila dengan Dr.Normaliza, budak-budak nie boleh aje diam, masuk cepat, serius, tapi bila dengan Dr.Arbaien, masing-masing macam kurang menghormatinya. Sedih gak bila tengok macam tu. Tapi itu tandanya memang semua budak BBM 3401 takut kat Dr.Noormaliza.Kah..kah..kah...

Dalam kelas Dr.Arbaien tak payah salin nota. Nota Dr. Arbaien bagi, dalam kelas Dr.Normaliza kena catat atau tangkap gambar. Tu pun kadang-kadang tak sempat nak salin.Lepas salin,tangkap gambar dan dengar apa yang diterangkan, Dr. Normaliza akan tanya soalan pula. Kalau tak boleh jawab, kumpulan lain pula. Tapi yang tak adilnya, kumpulan aku dah lah selalunya ditanya awal-awal, kita orang macam orang terkejut...tu yang kadang-kadang tak dapat jawab sebab macam ornag kena serangan jantung. Yang tak adilnya, Dr.bukannya tanya soalan yang lain, soalan yang sama juga. Bila kumpulan kitaorang tak boleh jawab, tentulah kumpulan lain boleh jawab sebab dah tahu soalannya. Kadang-kadnag dah tahu jawapannye,tapii lidah kelu untuk berkata-kata....maybe stress dan takut sebab Dr. Suruh cepat sangat.


Tugasan Seterusnya...
Setiap kali kelas Dr.Normaliza, hati aku nie mesti berdebar-debar dan rasa takut.Tak tahu lah kenapa. Mungkin kerana cara Dr. mengajar buat aku rasa kena serius dan beri perhatian sepenunya. Ok, kali ini cabaranya membuat majalah. Apa yang kita orang semua kena bawa adalah kertas lukisan dan warna pencil. Masa tu dah terbayang wajah-wajah kanak-kanak riang dalam kelas multimedia nie. Kita orang semua kena buat lakaran awal majalah. Mula-mula kenalah draf atau meracang tema apa yang sesuai untuk majalah itu. Lepas tu kenalah masukkan teks yang sesuai, gambar, warna..pendek kata asas grafik penting juga bila membuat lakaran majalah nie.
Hai,kalau bab-bab melukis nie aku memang tak pandai.Nak lukis gambar ikan pun tak tahu,nie kan pula nak lukis macam-macam.Memang aku tak suka sangat,lagi-lagi bekerja dalam keadaan stress. Habislah....Tapi kalau mewarna boleh tahanlah lagi.
Dalam kelas Dr.Arbaien pula, kita orang juga kena buat papan cerita. Tajuk ataupun jalan cerita telah pun diberi oleh Dr.Arbaien. Masa yang diberi oleh Dr. dalam seminggu.So, kami semua kena siapkan.Tapi ada satu class, kira kelas terakhir dengan Dr.Arbaien lah, Dr marah pada kami semua. Dr. cakap dia sangat tidak puas hati dengan papan cerita yang dibuat oleh kami. Pada hari tu, kiranya kami semua dapat mendengar sedikit tahkirah dan nasihat secara percuma Memang betulpun apa yang diperkatakan oleh Dr...Aku insaflah juga bila mendengarnya..,yelah,bila dengan Dr. Normaliza boleh aje buat tugasan dengan sebaik yang mungkin, tapi bila dengan Dr.Arbaien,banyak mainlah pula.


GAMBAR DAN PERIBAHASA
Sambungan cerita yang aku katakan sedih...Perbentangan untuk gambar dan peribahasa bagi aku adalah perkara yang tidak boleh aku lupakan dan menyedihkan. Ini kerana pada hari yang sama aku ada rawatan di.hosp (s). Sebelum hari berkenaan, semalamnya aku ada berjumpa dengan Dr, untuk memaklumkan yang aku ada rawatan pada esok hari. Masa tu takut sangat nak jumpa Dr. Tapi demi kepentingan ahli kumpulan yang aku tidak anggap sebagai ahli kumpulan tetapi sebagai sahabat yang memahami situasi keadaan aku masa itu aku beranikan diri untuk berjumpa Dr. Selamat masa tu Dr.ada. Bergigil juga bila bercakap dengan Dr. Hu..hu..hu…
Takut bercampur macam-macam persaan masa tu. Kesimpulan dari itu, Dr.arahkan aku datang juga kerana ada perbentangan.Yang aku ingat dialog Dr.“ A…AWAK KENA DATANG JUGA,ESOK ADA PERBENTNAGAN”..dalam hati ingatkan Dr, cakap tak pe (ada kecualilah)tapi kena datang juga. Kalau tidak tidak ada markah. So, masa tu aku berharap sangat yang Dr. membenarkan tidak hadir ke kelas.Bolehlah aku pergi dengan hati yang terteram. Pada paginya itu, aku melangkahkah kaki juga ke special place yang aku gelarkan. Masa perjalanan aku sentiasa mengharapkan yang aku sempat datang ke kelas sebelum pukul 12.00. Tapi siapa tahu kita merancang,tuhan yang menentukan. Kebetulan hari tu ramai orang. Boleh dikatakn hampir 4 jam aku menunggu nombor giliran. Masa tu hanya tuhan saja tahu macam mana perasaan aku. Jam dah mel ebihi pukul 12, tapi masih belum tiba no.giliran .Masa menunggu tu, perasaan,macam-macma rasa. Bersalah, sedih, dan rasa macam dah tak ada perasaan pun ada gak..Kawan-kawan dah hantar macma-macma mesej.Tanya bila sampai, itu ini…semuanya mesej yang menyakitkan hati. Disebalik kata-kata mesej itu,barulah aku tahu permaknaan (A) dalam hidup seseornag sangat penting. Dan akhirnya aku menghantar mesej kepada Dr. yang berbunyi lebih kurang macam nie lah,aku pun dah lupa gak” Salam,Dr.,Saya Nor Fedilah dari Kumpulan K---,rasanya tidak sempat hadir untuk perbentangan.Mohon Dr.benarkan ahli kumpulan saya untuk perbentangan. Saya tidak kisah jika markah saya dipotong” (tak tahu lah kalau Dr.ingat atau tidak)…Tapi kalau Dr.tak ingat pun tak pe gak…nanti Dr. ingat,markah saya kena potonglah pula….
Masa tu rasa macam nak je balik terus, tak payah buat rawatan…tapi jururawat tu cakap…“ boleh, tapi kene tunggu 2 minggu lagilah kalau nak buat rawatan”. Mak oih, lamanya. Rawatan nie pun aku tunggu 3 minggu, tak sanggup rasanya. Tungu punya tunggu akhirnya 12.25 somethinglah,no. aku dipanggil. Masuk-masuk je,aku terus cakap “ Dr.,saya nak MC,saya ada hal penting nie Dr,nie soal hidup mati saya, Dr,tolong cepat sikit ye”Hentah macam manalah aku boleh perkatakan semua tu…. Masa tu sebenarnya banyak yang aku nak tanyakan tentang peny? Aku nie…tapi kepala just ingat perbentangan. Apa lagi lingkang pukanglah masa tu. Nasib baiklah Dr.tU dah rapat sikit dengan aku. Lepas je cop pengesahan MC, apa lagi aku berlari mencari teksi…Tak kisahlah kena bayar berapa, janji sampai dan sempat untuk perbentangnanya tu. Sampai aje teksi kat depan fakulti aku terus lari ke bilik jauhari. Masa tu takutnya nak masuk. Segan ada juga. Ye lah,semua orang dah masuk, dah start bentang dah pun. Tapi apa yang penting aku sempat sampai walaupun lewat dan apa yang lebih penting adalah aku dan ahli kumpulanku dapat bentang.


"Mata keranjang"..his..hissss,betul ke?

"kaki wanita"...boleh dipercayai ke Big nie.Hu..hu..hu
"Gaya Seri Kandi...Ala-ala zaman Tun Fatimah"..

Kebajikan SOSIAL.
Nie merupakan tugasan akhir bagi setiap kumpulan. Mula-mula tu rasa pelik gak, napelah Dr. Suruh kitaorang semua ke rumah anak-anak yatim.Tapi dalam kepala nie,memang lah tahu, biasanya kalau ke rumah anak-anak yatim kita kan buat kerja amal atau datang melawat. Tapi memang itu pun yang kita semua kena lakukan. Dan lakukan sedikit aktiviti. Apa lagi, kami semua merancanglah strategi untuk ke rumah anak yatim yang mana. Yang pasti, buatlah sedikit surat untuk minta derma. Mintalah derma pada budak-budak floor aje.Kira dapat lah juga menapung perbelajaan untuk membeli sedikit cerderamata untuk anak-anak yatim nanti. Untuk merancang yang terbaik untuk program nie, susahlah juga. Tapi kerana sepakat dan perbincangan akhirnya kerja yang susah menjadi mudah.
Perbincangan akhir sebelum berangkat pada pagi esoknya...

Sebelum bertolak ke rumah kanak-kanak Chow kit nie, pada paginya tu dalam pukul 3 pagi lebih,aku dan kawan-kawan yang lain bangun untuk buat roti.Time buat tu,teringat pula macam orang keje kilang…ha..ha..ha…Memang bermakna kenangan nie…siap bangun pagi buat roti untuk rumah kanak-kanak Chow kit tu. Lepas dah siap je, kami sambung lah kejap balik tido. Memang mengantok, coz tak tido lagi sebab siapkan kertas peribahasa untuk games pagi tu.
Dalam pukul 7, kami bertolak ke rumah kanak-kanak Chow kit tu. Harap sangat perjalanan tu berjalan lancar. Bila dah sampai aje jalan Chow Kit, kita orang tak jumpa pun rumah kanak-kanak tu.Ha..dah risau nie. Janji sampai sebelum pukul 8.30 pagi.Kami taknaklah sampai lewat,nanti mereka ingat kami macma tu,macam nie…Akhirnya tanyalah orang kat kawasan situ…Pusing punya pusing dah entah berapa kali tawaf,akhirnya nampaklah rumah kanak-kanak Chow Kit. Kedatangan kami disambut oleh Daddy. Kalau nak tahu, daddy sanggup tinggalkan kerjayanya sebagai penari dan tiba-tiba bertukar kerjaya, jaga kanak-kanak Chow kit nie…. Daddy nie nampak je lembut, tapi garang dan baik hatilah juga. Boleh dikatakan, semua budak-budak yang datang dan stay kat situ sayangkan Daddy.
Masa nak mulakan aktiviti, Daddy adalah bagi sedikit penerangan tentang kanak-kanak nie…Yang aku ingat, kami tak boleh sangat sayang-sayang kan diaorang, nanti habis rimas di buatkannya,tak boleh tangkap gambar sebarangan (tapi kami dah minta izin kat daddy)….Masa kat atas bilik tu,Ya ALLLAH,memang bising…kanak-kanak nie boleh dikatakan susah sangat nak dikawal.Dalam kepala dah risau,macam manalah agaknya nak adakan aktiviti.Tengok-tengok, kanak-kanak nye kecil-kecil.Mana yang besar-besar nie…AKu dan risau, takut-takut aktiviti yang dirancang tak sesuai untuk kanak-kanak tu.Pasrah aje lah.
So, pagi tu, kami mulakan dengan aktiviti melukis…Nampak macam ok lah sikit.Lama-lama kami dah boleh kawal mereka semua,walaupun kena menjerit,suruh diaorang diam.Kadang-kadang tu,Daddy yang tolong jerit minta diaorang semua nie diam.Memang susah nak kawal budak-budak nie…
Adik-adik kita nie semuanya pandai melukis
sempat ber\posing dulu ye...

Time games “peribahasa gayaku,nie,memang tak sangka,diaorang nie,Nampak je kecil,tapi bijak-bijak sebenarnya…Habis semua peribahasa dijawab nya. Slot perbentangan pula memang aku terkejut gilalah.Memang tak sangka,kanak-kanak nie walaupun kecil tpai pemikiran mereka macam orang dewasa.Lagi satu kanak-kanak nie memang suka berpidato alah-alah parlimen.Dengar mereka bentangkan apa yang disuruh,aku jadi terkejut…padangan pertama aku mengenai kanak-kanak nie sangat berbeza….dengan apa yang aku lihat.Mereka semua memang mampu lakukan.Lepas aje siap semua aktiviti,kami lakukan sedikit gotong royong dan pemberian cerdaramata.
APA LAH YANG NAK DI TULISKANNYA AGAKNYA BUDAK- BUDAK NIE...

gambar bersama sebagai kenangan terindah...

amboi,sukanye dia!
Masa semakin nyaris membunuhku…
Hai lepas buat Kalendar,kita ornag kenala pula belajar buat laman web...ah! Seperti aku katakan semakin lama semakin mencabar.Bila didalam kelas aku dan kawan-kawan diajar untuk membuat papan cerita kini tibalah masanya aku membuat laman web.Nasib baiklah kena buat pasal diri sendir.So,tak payahlah nak cari bahan.Nak buat laman web nie bagi aku kena kesungguhan, kreatif, kesabaran dan minat. Kadang-kadang aku buat semua tugasan hanya sekadar untuk mendaparkan markah.Tapi bila difikir-fikirkan banyak ilmu yang aku perolehi masa buat semua tugasan yang disuruh oleh Dr. mahupun Cik Alia. Walaupun laman Web nie pasal diri sendiri tapi kalau tak ada bahan yang mencukupi tak boleh jalan juga. Lepas aje siap,save,tibalah masanya hipelink.Yang geramnya bila dah ok aje kat bilik,nak buka katmakmal,tak bolehlah pula apa yang telah dilinkkanya tu…Time buat laman web nie,banyak kalilah juga aku betulkan balik…Penatlah juga bila betulkanya tu.Bab nak kecilkan gambar tu yang paling tak suka…Tapi bila cik Aliya dah tengok, mkata ok, seronoklah juga rasanya…lepas nie just tinggal buat blog sahaja…

Masa sedang tunggu untuk meletus…
Lepas satu, satu. Lepas Laman Web, kenalah pula buat blog…Ingatkan buat blog buat pasal diri kita,rupa-rupanya kena interview tokoh bahasalah pula.Memang sedih…Akhirnya aku memilih Dr. Lim sebagai orang yang akan aku temu duga. Sebab apa, Dr.Lim pernah mengajar aku.Lagipun nak cari bahan tentang Dr. Lim juga mudah. Lagi satu Dr. Lim memang antara penyair yang popular…..Pada pagi aku nak interview Dr. Lim,hujan punyalah lebat.tunggu Dr. pun lebih kurang 1 jam lebih…Tunggu punya tunggu,lepaklah kejap kat wisata minda untuk cari bahan projek sikit.Lepas je dah agak lama duduk kat wisata,aku pun keluarlah gendap kalau-kalau Dr.Lim dah sampai.Tengok biliknya terang,intai langsir...nasib baik Dr.Lim dah sampai.Kita ornag pe lagi,terus serbu Dr.Lim.Dr dah tunggu pun kami.Borak punya borak,tanya punya tanya,banyaklah juga input yang kami perolehi.Lega rasanya bila dah dapat interview tokoh.Dan Dr.Lim juga ok,beri kerjasama...mudah lah sikit kerja aku nanti...
Time buat blok nie, yang aku suka sebenarnya masukkan gambar tentang diri aku dan segala aktiviti yang pernah aku lakukan.Kalau bab nie yang aku bersemangat sikit buat blok...He...he..he...Tapi walau apapun,terima kasih Dr.Kalau Dr. Tak suruh buat blog nie,entah bilalah aku ada blik sendiri...sedih,,,Kalau dulu friendster,kini bloglah pula....

Saat-saat pepisahan...
Hah..hah..hah…Tension giler.Kenalah pula buat silang kata.Nie lah silang kata ynag pernah aku main paling susah.Dalam keadaan yang strees sebab masa,dicmapur pula kepala tengah pening memikirkan projek,masalah itu,ini…Beni..benci..benci…nak je Tanya Dr. boleh tak kalau tak buat….Tak habis dengan itu,kenalah pula buat oligami.HAH….macam kena strok masa tu…dah lah tak tahu buat…main hentam aje.nasib baik ada ahli kumpulan ynag pandai buat…Dah cukup dengan itu pula,tips-tips exam dalam bentuk pertanyaan dalam kelas pula.Ingatkan Dr.nak bagi tahu,rupa-rupa…

Yang tak tahan tu,kelas multimedia tak ada minggu 14, Dr.”cakap sape suka siap dia?”So,kita semua cakaplah …alah!!!!Time tu memang geli hati betul Tapi masa tu aku pun suka gak tak de kelas,boleh buat kerja lain.HE…HE.. HE…

Tapi aku sangat bersyukur sebab Dr.Normaliza dan Cik Aliyalah aku jadi pandai buat multimedia,calander,blog,laman web. Kalau dikutkan class multimedia nie kita bukan sahaja dapat pengajaran buat itu-buat ini,tapi sebenarnya apa yang diajar oleh Dr. semuaanya adalah tentnag pengajaran hidup.AKu jadi semakin bertambah matang, pandai itu, pandai ini, dan pasti kenangan ini pasti akan aku ingati sampai bila-bila. Dan kau juga pernah menanam azam bila aku jadi seornag pendidik atau apa sahaja (orang berguna dan berjawatan) aku nak jadi macam Dr. Normaliza.Tegas,tetapi kelakar dan pelik.Pelik yang membuat kita sentiasa rasa diingati sampai bila-bila.

Kepada Dr. Normaliza dan Cik ALiya akhir kata dari saya: “ Kadang-kadang saya rasa marah, kadang-kadang sangat rasa benci, tapi sebenarnya saya rasa sangat menghormati dan menyanyangi anda” terima kasih atas segala kesukaran, kesenangan dan tunjuk ajar. Jasamu dikenang.*****


K.a.M.I
rENUNG -MERENUNG...

Api Zionis- DR.LIM SWEE TIN

Disampaikan sendiri oleh beliau di Majlis "MUJAHID PALESTIN" anjuran Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Seksyen 16 pada 1 Februari 2009.


Palestin
Tanah berdebu di Asia Tengah
Ditakdirkan menjadi sobekan-sobekan walang
Dipanggang perih bara bernama perang
Tanah keringmu garing dalam marak nyala silih berganti
Ratusan ribu nyawa melayang, jutaan pula jiwa meronta
Padang kontang langit kelabu tersangkut di bahu gunung-gunungmu
Menjadi saksi kesakitan abadi dekad ke dekad sengsara berselirat.
Palestin
Cerita nestapamu bilakah akan terhenti
Ketika anak-anak kecilmu ditewaskan, ibu-ibu tua dirundung rawan
Perebutan ini jahat, api kekejaman di mana-mana melarat
Rintih duka, rawan hiba menjadi kolaj comot tergantung di birai sejarah
Sejarah mengalir dalam merah darah cair
Para pahlawanmu pergi tak pulang di bawah runtuhan gelimpangan
Lelaki tua raungnya hilang suara, zionis menjalarkan cakarnya mengoyak pusaka.
Palestin
Aduh Palestin yang mengaduh
Perlindungan itu bukan untukmu, pembelaan itu tertangguh lagi di lidah kelu
Bangsa-bangsa Bersatu itu bisu, Bangsa-bangsa Bersatu telah batu
Satu suara tak pun kedengaran betapalah sirna ia di puncak menara
Seratus suara dikelamkan muslihat digulung dilipat di sidang khianat
Dari silang bumbung perjuangan tak terpeduli rempuhlah Palestin
Biar luka berderai biar tubuh berkecai, telah kematian simpati,
telah lesu di sana kemanusiaan yang terperi.
Aku tahu letihmu amat mengerah kudrat menyongsong angin berat
Aku mahu nyanyikan lagu untuk saujana tanah abadimu yang kaurindu
Pada malam-malam bening di bawah langit pekat yang tiba-tiba berapi dari neraka
Aku mula mendengar tempik pahlawanmu tak terkalahkan
Mereka menyerbu, merempuh soldadu dalam ronta kepayahan
Para mujahidmu oh kaulepaskan saat sekelilingmu mengecilkan diri
Palestin kami bersamamu kami dahan untuk pautmu
Sedang sempadan rakus mereka koyak kami di sini bersama mengirimkan esak.
Palestin, Palestin, Palestin
Kami di sisimu izinkan meriba nestapa purba
Ingin benar kami membalut semua luka sukma
Api Zionis itu sambarnya sinis
Cengkam bumi kalbu dan batinmu terhiris
Palestin, Palestin, Palestin
Teguhkan azam kentalmu, bentengkan juga sempadan terakhirmu
Kutahu keimanan ketaqwaan tak pernah goyah tak akan terpatah,dan, Palestin katakan:
“KAN KUPADAMKAN SELAHAPNYAAPI KEANGKUHANMU ITU !!!”

Ciptaan PROFESOR MADYA DR. LIM SWEE TIN
2009.

Tuesday 7 April 2009

Bestnya...

Aktiviti rek...wah aku sangat suka.Tak semua orang sukakan akitiviti rekreasikan.Tapi aku suka sangat.Kalau dapat lakukan aktiviti tu smua,rasa macam satu kepuasan je.Aktiviti rex nie semuanya memrlukan pergorbanan wang ringgit dan masa.



Hai....aganya itu lah yang kami cuba katakan...

kah...kah..kah...cover berani...tangan dah pegang
tali tu,takot jatuh....buaya??

mane orang nie...hah.hah..hah...kami semua terjun sungai
buat water cofindent..


nie lah rakitnye...penat giler nak mengikatnya
kita duduk atas papan tu ye..muat-muat tok punggung je...

rehat sebetar,sambil makan-makan ye...hu.hu.hu...




Saturday 4 April 2009

Anda yang mana?

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
RamadhanD
ia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Friday 3 April 2009

PROFESIONAL SERVICES-Dr.Lim

1. Penasihat Produksi Istana Budaya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

2. Penasihat Segmen Sei Budaya, Ratio Televisyen Malaysia (RTM), Kementerian Penerangan Malaysia.

3. Ahli Jawatankuasa Sastera, Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Panel Penilai Skrip Drama Dewan Bandaraya Kuala Lumur, Kementerian Wilayah Persekutuan.

5. Penasihat Kurikulum Bahasa Melayu, Sekolah-sekolah Persendirian Cina Malaysia.

Thursday 2 April 2009

Sajak Dr.Lim

Seorang Anak Kecil

Seorang anak kecil
sedang bermain pasir
telah tahu menimbang
antara setempurung pasir
dengan sehelai pasir
kotor dan bersih
lalu jelik menyetuhnya.

Lewat seorang budak kecil
dengan lastik ditangan
mengintai-ngintai seekor burung
"mengapa membunuh?jerit anak itu
" ia juga mahu hidup sepertimu.:
lalu memandang budak itu dnegan benci.

Anak kecil itu
dalam usia semuda itu
jiwanya telah tersemai
erti kemanusian
kirannya dia sedar dunia hari ini
pasti mengeluh dengan seribu sesalan.

1973


Evenue

Berbaring aspal
dan batu-batu di sisinya
tidak pernah ada resah
atau kebimbangan
di sini,
rumput yang kadang-kadang panjang,
tapi tetap indah,
pohon-pohon berbaris
dan bergerak-gerak dibelai angin
seperti ingin mengucapkan sesuatu
dari misteri kewujudannya
tiada siapa tahu.

Kalaulah
demikian kehidupan ini/

1976.

Gonggong

Bijak benar mereka memperdaya
secebis kapur dan sebilah lidi itu
dengan mudah terjaring engkau
ke dalam perangkap.

Ah,segalannya berlaku di luar negara
engkau pun tak sempat sebenarnya
menagkap apa-apa isyarat.

Ruang keci;mu itu barangkali
terlalu gelap bagimu
engkau harus keluar sesekali
belajar mengenal alam
dan permainan manusia
di sini.

1987

Seminar Dr.Lim

Antara Seminar yang Pernah diikuti oleh Dr.Lim:

1. Penataran Karya Kesusasteraan di Indonesia, Jakarta – Malang, DBP,
2. 6 – 30 November 1990, Peserta.
3. Pertemuan Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia, LIPI-DBP, Jakarta, 22
4. November 1990. Pembentang Kertas Kerja.
5.Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading)1990, DBP, Kuala Lumpur 1990, Peserta.
6. Hari Puisi Nasional ke-10, GAPENA-Persatuan Penulis P.Pinang, Pulau
Pinang,20-23 September 1991. Pembentang Kertas Kerja.
7. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1992, DBP, Kuala Lumpur 1992, Peserta.
8. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1996, DBP, Kuala Lumpur 1996, Peserta.
9. Seminar Penterjemahan Karya Sastera, Persatuan Penterjemah Malaysia,
UPM,26 Oktober 1996. Pembentang Kertas Kerja.
10. The Search for a New World Culture for the 21st Century Culture:
Asian Literary Perspective, The Washington Times Foundation
and The Internasional Culture Faoundation, Washington D.C.,
27 April – 5 Ogos 1997, Peserta Negara.
11. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading) 1990, DBP, Kuala Lumpur 1998, Peserta.
12. Four Leading Poets from South East Asia, with Conjunction to Asian
Europe Summit (ASEM 2), London, 2 April 1998, Peserta
Negara.
13 Minggu Sastera Malaysia , Persatuan Penulis Johor-DBP, Johor Bahru,
28 November 1998, Pembentang Kertas Kerja.
14.Hari Puisi Nasional Malaysia ke-14, GAPENA-Kerajaan Negeri Sembilan-
DBP,Seremban, Negeri Sembilan, 29-30 Januari 1999,
Pembentang Kertas Kerja.
15.Pertemuan sasterawan Nusantara ke-10, dan Pertemuan Sasterawan
Malaysia 1,Kerajaan Negeri Johor-GAPENA-DBP, Johor Bahru,
Johor, 17-21 April1999. Pembentang Kertas Kerja.
16. Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (Kuala Lumpur World Poetry
Reading), DBP, Kuala Lumpur 2000, Peserta Negara.
17. Simposium Penulis Pelbagai Kaum 1, GAPENA-DBP-PUTERA, Miri,
Sawarak, 17-20 September 2000, Pembentang Kertas Kerja.
18. Anugerah Persuratan Asia Tenggara/South East Asia Award
(S.E.A.Write Award), Kerajaan Diraja Thailand, 10-23
September 2000,Bangkok,Thailand, Penerima Anugerah.
19. Concert for World Peace, Kerajaan Diraja Thailand, Bangkok,
Thailand, 25-28 Ogos 2001,Peserta Negara.
20. Taipei 2001 World Poetry Festival, Biro Kebudayaan Taipei, Taiwan
R.O.C,Taipei, 10-23 September 2001, Peserta Negara.
21. Hari Puisi Nasional Malaysia 2003, GAPENA-Kerajaan Negeri Selangor-
DBP,Shah Alam, Selangor, 2003, Pembentang Kertas Kerja.
22. Seminar Islam Hadhari, IKIM-Kerajaan Negeri Melaka, 18-19 Januari
2005,MITC,Melaka, Pembentang Kertas Kerja.
23. Hari Sastera Malaysia ke-13, GAPENA-Kerajaan Negeri Perak-DBP, Ipoh,
Perak, 2-5 September 2005. Pembentang Kertas Kerja.
24. Kuliah Kesusasteraan Bandingan Asia Tenggara (MASETRA), DBP-
FBMK(UPM), 25 Ogos 2005, Penganjur Bersama-Peserta.
25.Seminar Kesusasteraan Asia Tenggara (MASTERA), DBP, 29-30 November
2005,DBP Kuala Lumpur. Peserta.