Prolog
"Saya sering impikan puisi dapat melentur keras pertimbangan,gejolak dan cakar jiwa yang resah,meredakan gelombang fikir tak terkawal.
Perlahan-lahan puisi seperti air-menyelinap ke rambut akar,tegaklah pohon,menghijau daun-daunnya,menyerlahkan bunga,indah serta semerbak.
Puisi bukan sahaja menyatakan,tetapi juga meresap.Jauh di daar sukma,saya merindukan jernih pantul gemarnya."
Thursday, 2 April 2009
Kata-kata seorang TokoH-Dr.LIM
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 23:16 0 Mulut Murai
Tuesday, 31 March 2009
INFO
1. Setkan hasrat,sasaran,kehandak,azam,target dan cita-cita•anda atau tekankan di dalam minda apa yang anda mahu.
2. Lahirkan satu pelan berdasarkan ilmu yang anda ada.
3. Cetuskan hasrat,sasaran,kehendak,azam,target dan cita-cita• dalam hati dan pindahkan ia ke cm ☻(minda sedar)
4. Jangan biarkan anda diganggu kerisauan,ketakutan dan kegusaran. Berikan kepercayaan penuh kepada cm☻bahawa ia berhubung dengan subcm☺(minda bawah sedar)dan yakinlah anda akan berjaya.
5. Iringi dengan doa kemudian usahakan apa yang anda yakini betul dan akhir sekali bertawakal.
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 15:00 0 Mulut Murai
Zaman muda mudi
Tentang
Daku
Setiap orang pasti ada kenangan zaman kanak-kanak.Zaman kanak-kanak lah yang paling best.Tak payah nak fikr apa-apa.Main je yang tahu.Tak payah nak buat exsingment,tak payah nak gi kuliah, tak payah nak itu ini...
Bergambar bersama ayah..along,azi,asu dan mat dris
Gambar tiada:mak dan singa betina (angah)
Tapi usia makin lama makin meningkat,makin membesar...Zaman kanak-kanak akan berlalu, congkak,galah panjang, konda kondi,baling selipar..tu semua hanya tinggal memori yang tidak pasti akan diingati ataupun tidak...tapi yang pasti kehidupan harus diteruskan juga.
Pernah bercita-cita jadi polis...
Kenangan didepan rumah lama...dulu papan...
tapi sekarang ...syukur
Zaman kanak-kanak comel sedunia,
perlu diakui akan kebenaran ini....
Di bawah pohon rimba yang menghijau...aman damai...
Bersama bapa saudara,jiran dan adik beradik
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 14:34 0 Mulut Murai
Renungan
UNTUK SAHABAT
Sahabat, kudengar bahawa engkau sedang diujiNya. Apa yang dapat kuperbuat selain hanya mengirimkan bait2 ayat ini. Pastilah sudah sering kau dengar berita tentang ujian yang akan menambah keimanan. Bagaimana dengan kabarmu hari ini? Apakah berita tentang hal itu juga dapat kau rasakan?
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Manusia mungkin sering bertanya, kenapa harus aku yang menjalani masalah berat ini? Kenapa aku tidak bisa seperti orang lain, yang selalu terlihat bahagia? Ketahuilah, sahabat, bahwa Alloh Maha Mengetahui yang terbaik bagi dirimu dan orang lain.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
Manusia memang mudah dirundung keluh kesah, dan itu harus disadari datangnya dari syaithon. Sesungguhnya, bila hati ini penuh keyakinan bahwa Alloh akan mengujinya sesuai kadar kemampuannya, maka hatinya akan tenang
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286
Percayalah sahabat, kalau kamu beriman, maka kamu memiliki derajat yang paling tinggi, bahkan dibandingkan manusia-manusia yang kamu pikir tidak sedang Alloh uji, jika mereka tidak beriman. Untuk itu, kuatkan hatimu dalam menghadapi ujian ini, ya…
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
Caranya, agar kau kuat menghadapinya, bersabarlah. Dan bersabar itu tidak hanya cukup sekali, tapi terus menerus, tanpa akhir, hingga Alloh akhirnya memenangkanmu atas ujian yang berat ini.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200
Sudah banyak kita dengar bahwa sabar dan sholat adalah penolong kita dalam menghadapi berbagai ujian. Jadikanlah momen ujian kali ini pembukti apa yang telah Alloh janjikan itu. Khusyuklah dalam sholat, dan rasakanlah nikmatnya ujian ini dengan kekhusyukan yang engkau dapatkan. Bahkan mungkin sulit engkau dapatkan jika engkau tidak diuji seperti ini.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45
Insya Alloh… Apa-apa yang kamu lalui dengan sabar tadi, bukanlah hal yang sia-sia. Syurga yang indah adalah hadiah tertinggi bagi orang-orang yang sabar dalam ujian.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111
Untuk itu, Sahabat…. Hanya pada Alloh sajalah hendaknya kita berharap.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129
Dan jangan pernah berputus asa dalam memohon rahmatNya.
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 12 Teriring sayang dan cinta untukumu, sahabat… Semoga Alloh memuliakanmu dengan ujian ini. Amin…
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 14:20 0 Mulut Murai
Stress!!!
Petua menangani STRES
Kemahiran menangani stres:
* Kenal pasti tahap tekanan
* Cari punca tekanan
* Koreksi dan muhasabah diri
* Perkemaskan kaedah mengurus emosi
* Kaji semula pegangan hidup
* Seimbangkan kehidupan
* Urus diri dengan sebaik mungkin
* Kuatkan hubungan sesama manusia
* Hiasi peribadi dengan akhlak mulia
* Istiqamah melakukan kegiatan fizikal
* Lakukan amalah pencegahan
* Lakukan aktiviti santai
* Amalkan kaedah rawatan yang berkesan
* Hidupkan suasana ketenangan dan kecerian
* Luahkan masalah kepada seseorang yang dipercayai
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 13:59 0 Mulut Murai
Diskusi Bersama..Dr.Lim
Diskusi Bersama Dr. Lim Swee Tin Pada 24/3/09,aku bersama teman seperjuangan telah menemui Dr. Lim untuk menemu ramah mengenai industri sastera tanah air.Syukur kerana sepanjang sesi diskusi bersama Dr. Lim,semuanya berjalan lancar walaupun pada pagi itu hujan turun dengan lebatnya.Kami juga terpaksa menunggu Dr. Lim kerana terdapat sedikit hal yang ingin diselesaikan oleh beliau.
Banyak manfaat dan input berguna yang kami perolehi pada hari tersebut.Sememangnya semangat Dr. Lim sebagai seorang penulis sangat dikagumi kerana,bilangan penulis berbangsa Cina khususnya di tanah air boleh di kira. Banyak tips yang diberi untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Antaranya minat perlulah ada.Membaca juga penting bagi mendapat ilham dan idea.
cenderamata sebagai kenang-kenangan dari kami
Khusuknya ketika sedang mendengar apa yang diperkatakan oleh
Dr. Lim...Entah apa yang diambilnye Si Herni tu...
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 12:43 0 Mulut Murai
Hasil Karya Dr. Lim
Di dalam Berkelana di Belantara Kata ini, penulis berkongsi dengan pembaca tentang penglibatan awal beliau di bidang puisi, menceritakan bagaimana keghairahan untuk menyusun kata-kata menjadi suatu tanggungjawab dan juga menyelitkan sisipan ucapan penghargaan beliau sebagai Penerima S.E.A Write Award 2000.
Bagi pembaca yang ingin mengenali lebih lanjut tentang penghasilan puisi, buku kecil ini sesuai untuk membawa peminat puisi ke suatu dimensi kata-kata yang mengasyikan. Lim Swee Tin memperkenalkan tentang keindahan sebuah puisi serta menyentuh tentang kedudukan penyair bukan Melayu, penyair wanita Malaysia generasi baru dan situasi pengarang daerah dalam arus perdana, lewat Berkelana Di Belantara Kata ini.
Citra Kurnia
Mukasurat : 80 halaman
Cetakan Pertama : 2003
Sinopsis : Lewat kumpulan puisi Citra Kurnia ini, Lim Swee Tin, Penerima S.E.A Write Award 2000 menghimpunkan 42 buah puisi yang dipanggil 'sajak-sajak sempena'. Puisi-puisi yang ditulis khas untuk majlis-majlis tertentu ini memperlihatkan Lim Swee Tin di dalam mempelbagaikan kebolehannya berpuisi. Terdapat puisi bagi mengenang Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang dipanggil "Monolog Kecil Seniman Bangsa", sajak sempena sebuah majlis perkahwinan - "Perkahwinan", sajak sempena majlis 30 Tahun WANITA - "Potret Wanita Bangsa" dan juga puisi "Di Bawah Langit Yang Sama" yang ditulis dan dideklamasikan sempena Concert For World Peace in Thailand."Perkahwinan adalah sumbu sentiasa menyala / Dalam dakap hangat kasih / Tak pernah kunjung padam / Perkahwinan adalah hujan sentiasa merenyai / Dalam rangkul dingin sukma / Selamanya berpadu manis ingatan."Petikan Sajak "Perkahwinan"
Memetik Mawar
Penerbit : Citra Kurnia Enterprise
Sipnosis: Kumpulan sajak Memetik Mawar ini mengambil pelbagai sisi dari kehidupan masyarakat setempat dan luar negara , diri dan orang lain, alam dan segala isinya untuk menjadi tatapan remaja. Mengandungi idea yang membantu remaja merasakan bahawa kehidupan ini sebenarnya indah dan amat bererti. Gambaran murung dalam sajak-sajak ini diubah semula kepada acuan lain yang jauh lebih positif. Pembaca akan menemui elemen positifnya untuk dijadikan renungan, pengalaman dan penilaian kendiri.Kumpulan sajak ini akan memberi pengalaman baru yang lebih pelbagai dalam menghadapai hari-hari dewasa.
Burung dan sangkar
Rindu Seorang Salina
Kumpulan puisi ini merupakan hasil karya pelajar yang mengikuti Kursus BBK 3406 : Penulisan Puisi dan Drama di Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, bagi Semester Mei 2003/04. Meneliti karya-karya dalam antologi ini, rata-rata menunjukkan kesungguhan pelajar dalam berkarya.
Puisi berjudul 'Rindu Seorang Salina' yang dijadikan judul antologi ini, misalnya merupakan sebuah puisi yang mantap; baik dari segi idea mahupun cara pemakaian bahasanya. Rangkap kedua misalnya, yang berbunyi;
Kamar hening ini membalut sebuah kisah seorang gadis desa betapa pelangi hidup bertukar warna.
menunjukkan mutu penggarapan yang meyakinkan. Diyakini bahawa pelajar yang menyumbangkan karya mereka dalam antologi ini akan dapat pergi lebih jauh dalam bidang penulisan kreatif .
Lihatlah....memang seorang tokoh yang patut dicontohi...
Dari Nurkilan Hati fedi_ninepalong@yahoo.com.my at 10:42 0 Mulut Murai
